Tuesday, January 18, 2011

Kenapa kawan masa senang sentiasa bersama, tapi bila susah haramjadah hilang entah kemana?

Salam semua. Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Bila senang, semua nak rasa senang sama-sama, tapi bila susah, mane ada yang nak tanggung susah bersama.

Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.

Bila dah perkara sebegini jadi lumrah. Ini dah membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang. Memang haramjadah!.

Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang.



Kalau difikir dalam-dalam, difikir secara rasional, tak salah pun sebenarnya bersikap senang sama senang, susah sama susah. Tapi tengok jugak pada keadaan dan situasi. Sebab kita sama-sama manusia kan. Macam laut, ada waktu pasang, ada waktu surut. Jangan nanti bila dah tengah sesak, tengah susah mula la terkial-kial nak cari kawan-kawan mintak tolong.

Setuju???

36 kata-kata pedas:

hawiz said...

betol ckp ko beb..aku sokong..mmg ramai org hipokrit cmtu..haram tol..

Pinku no Ichigo Yuki said...

true2.... ni la manusia.. bkn snang nk cari yg ikhlas.. n yg xpntingkn diri..

lemolemo said...

setuju bro..hidup bukan selalunya indah...sabar je la dgn kerenah manusia..:/

The Sharkox said...

Kenapa kawan masa senang sentiasa bersama, tapi bila susah haramjadah hilang entah kemana???

Sebab mereka itu hanya kawan, bukan sahabat. Kawan dan sahabat tak sama. Kawan boleh saja buat perangai macam ni pasal mereka tak lebih dari seorang kawan..

tetapi, kalau sahabat, dia tak akan berperangai seperti seorang kawan. Pasal definisi kawan dan sahabat itu berbeza... :)

::FAIZ FARISH:: said...

nice picture

THE LEKAT LEKIT STORY said...

biasa la tu.. dlm dunia ada mcm2 jenis org.. dlm ramai2 org ada mcm2 jenis kawan.. dlm byk2 kawan2 ada mcm2 perangai.. so kita takkan terkecuali untuk bertemu, kenal kawan2 yg spesis camtu

siti rohani said...

setuju sgt2..hmm..sy dh trkena cmni dlu..trima jer laaaa..

cik Ladies said...

setuju3x !
huhu .. :)

hawiz said...

bkn dh komen td..huhu..

adrinaqamarina said...

setuju~

kte pulak, kalau boleh tu, cuba jugak nak jadi kawan yang terbaek buat diorang3 sume,

bila tinggal jauh dari famili, kawan la jadi famili kedua dan adik beradik kte.

MiSzy DiaN said...

ada kawan macam tu..
bila susah..berusaha cari kita tp bila dia dah senang..jgn harap nk cntct kita balik taw..

Haziq Yaacob said...

Persahabatan..

Ya, aku suka untuk bershabat..tapi, kalau sesebuah persahabatan tu boleh membawa kepada kerunsingan, baik aku dok jauh sikit.. :)

Rozuan Ismail said...

itulah bezanya kawan dan sahabat..kawan senang dicari..tapi sahabat sukar ditemui..ibarat sebutir permata di pasir..

MyzaAli said...

first, suke gelang2 tu :)

2nd, biarla kwn kt mcm mne pun, kt cube la jd kwn terbaik eh :) jgn harap2 ape.. supye x sakit hati nnt :)

kimihamura said...

yurp..setuju gila..benda macam nih bukan sekali dua dah jadi..banyak kali dah..sekarang nih jadi susah pulak nak percaya pada orang lain..apa pun,kena tahan r..biar diri nih hidup sorang pun tak pe..yang penting,biar orang buat kita,jangan kita pulak ikot cara diorang yang haramjadah tuh..

atieshariffuddin said...

haih.. byk kali kot kene kes kwn time senang je ni ... mmg terbaik..
smpi terfikir, xde hati perut ke dorg ni, smpi buat cmtu ngan kwn sndiri.. ye la,klu dorg susah tau pulak kan nk carik sape..

Wahida Nasution Thakhrim said...

setuju!! apa pun bantuan yang kita kasi mesti ikhlas.. nanti orang akan tolong kita dengan ikhlas juga..

zAty si gAdis riAng !! said...

mmg ade je mnusia pesen mcm ni, tp syukur ah, aku x kwn ngan spisis2 ni.

kite x ksah kn kalo time kite susah, kwn xley nk tlg@nk wt ape. just jd listener pon dh terbaik! kan kan kan??

tapi aku paling benci bila kawan tinggal kawan bila dh ada kwn baru!! faka!

ter emo lak :P

budakkecik said...

Sebab itulah nama nya ialah kawan...kawan takkan menjamin apa2 utk kita terutama time kita susah...tapi kalau kita jumpa sahabat, InsyaAllah dia akan bersama kita...masalahnya skrg susah mau cari sahabat...kawan senang ja...kita tegur2 hai, hello tuh kira dah jadi kawan...kalau sahabat...amik masa kenal hati budi...

toyolkiut said...

sudah adat dunia..
kawan boleh makan kawan..

nenek comeL said...

salam pembuka bicara...

^__^

yeap..betul tue.. makin ramai kawan kita, makin ramai kita mengenali seseorang insan itu.. makin banyak kita berjumpa pelbagai ragam manusia.. hehe.. terletak pada diri kita sendiri, sama ada mahu terima seadanya insan seperti itu atau sebaliknya..

hoho harusla selalu jumpa dengan kawan yang bila susah amatlah susah jua mahu menolong kita ketika kesusahan... hehe

maybe dia memang kawan yang time senang je baru mahu kawan dengan kita or maybe selalu sahaja ketika kita di dalam kesusahan, dia jua mengalami kesusahan atau mempunyai masalahnya sendiri yang kita tidak ketahui... namun, xsemua kawan kita macam itukan.. *alhamdulillah jikalau semua kawan kita sebegitu*

walau bagaimanapun, terima sahajalah dia seadanya.... ^__^ anda sendiri yang perlu bijak untuk mengatasi kawan yang sebegitu.. hehehe

"kawan bio ber'trillion'2, musuh jangan sesekali dicari" - ingat pesan nenek ni okeyh acu...

unieMARKS :) said...

yep setuju . true friends is seen through the heart , not through the eyes .

Shukjessa said...

biaselah manusia. tak semuanya baek, tak semuanya jahat.

ada yang begitu caring, ada yang ooo ok aje, ada yang tak peduli langsung.

bagi aku sendiri, istilah friends to all tu dah lame aku sematkan sejak bangku sekolah lagi. kawan je dgn sesiapa pun, sbb kalo kite kuat smgt, kawan dgn orang isap rokok pon kite takkan terpengaruh, tapi kalo tak kuat mmg hanyut la kan.

dan kes "hidup bersama, ko mati dulu" ni byk sgt dah terjadi, even aku sendiri pon dah terlalu kerap lalui. sebab tu aku tak pernah declare sesiapa as BF (best friend) bukanlah aku ni seorang kawan yg jahat, tidak, cuma pada aku mewujudkan istilah tu ibarat ranking. hanya kerana orang tu rapat dan sentiasa bersama dgn kita, kita kate die best friend? abeh orang lain tu cane?

dan yg ni lak bile kite sangke diorg adalah BF, tapi last2 kene backstab. Peh gile sakit!

rulez aku senang je, sesiapa yang sudi berkawan itulah kawan itulah sahabat tak kisah la perangai mcm gampang ke, mcm cilake ke, mcm bangsat ke as long diorang tak jadikan aku musuh, aku terima seadanya.

tolong or tak tu, terpulanglah. kalo rase masih manusia tolonglah, tapi kalo rase dah ade sifat binatang yang terover, lari je lah kan

Qarl said...

omaigod... memasing komen pjg2 hikhik

Alhamdulillah, so far kwn2 rapat qarl sume yg susah senang sama2

Sarah Lo said...

nice entry ^^. huhu. comel giler picture patung tuh (out of topic huh) anyway love ur blog!

mr.k @ boy said...

wah! kita semua sama jer dol... dalam hidup kita mesti ada yang kawan yang jenis macam ni...
Ada la gak bbrp org kawan yg jenis macam ni... nak minta tolong ngan aku, mmg tak hingat dunia merayu2 cam sampah. Tapi, dia tak ingat cam mn perangai dia kalau org nak minta tolong ngan dia. siap cakap.. "sori la beb, bukan tak nak tolong, tapi masalah aku tak nak masuk campur".
kes lain pula biasanya berkaitan ngan duit. Bab ni yg mmg aku tak suka, kalau nak pinjam duit, baru nak ingat kawan. (rasanya ko pernah tulis pasal isu pinjam duit ni dulu)... hah, lebih kurang la ngan kes entry kali ni.
Bagi, susak nak ngelak org mcm ni.Dah jadi asam garam kehidupan. Nak tak nak terpulang pada kita. Itulah sahabat. Nak fikir2 pun, complicated jadinya. peace!

Xanaster Zak said...

dah memang lumrah manusia camtu...
tapi bagus jugak bile kite susah takde orang nk tolong, sebab dari situ kite boleh tau siape kawan yg ikhlas dan kawan yg ambik kesempatan je...

mane2 kawan yg tak tolong time susah tu kite jauhi die sebab dah tau die kawan mase senang je....

kawan yg selalu ade time susah tu kite rapatkan lagi sebab itu mungkin kawan yg sebenar...

chill.. :)

SiSagaPutih said...

A friend in need is a friend indeed. Bagi aku, kalau kawan yang hanya muncul time kita senang dan hilang bila disaat kita memerlukan, itu bukan kawan tapi hanya seseorang yang kita kenal.

Nape lately aku mcm dpt banyak idea nak jawap soalan2 yg diajukan dlm entry2 kau ni bro? haha

cacing said...

patut kawan yang cepat lupa kawan ni, kita cantas adik dia... tak ingat kawan tul... membara kot kalo ada kawan macam ni....

yumiea said...

hurm.. Da bc 4-5 kli then bru rse nk komen bile tgk rmai yg ngomen..
1) btul komen nenek tu.. Sgt blh dtrimepkai..
2) ahcu da jmpe lom shbt yg cenggini?
3) seorg shbt xkn mnx sesuatu yg lbh kat shbtnye.. Shbt yg baek gak akn cb utk elakkn shbtnye rse b'slh semate-mate utk m'ngikut kpuasan dirinya sndri..
4) biar xb'shbt dan b'msuh tp rmai kwn..

**mamamu ini slalu djadikn kwn time sush olh rmai phak.. Ksian x?**

.:rizaL:. said...

manusia syafiq...mcm tula

*cimOt* said...

arghhhhh..persetankan orang jenis tu..aq mmg hot betol ngan org lagu tu..aq gelak korang gelak,aku nanges korang boleh gelak lagi..wtf..aq ingat wweyyyhh..xpe2 aku xnk maen balas2..biar la Allah yg balas..

eiela said...

biasalah tuh. sabar je lah nampaknya.

Latest Entri :
1) Tak Dapat Komen : Why?
2) Penipuan Blogwalking – Saya Hampir Terjebak

^baju kurung^ said...

kte akn dpt bzakan sape yg btol2 kwan atau x dlm dsperate situation. bleh nmpak kn..

Adylia Qarissa said...

cantik gambar nie...mintak izin nak masukan kat blog dkna yea :)

Anonymous said...

aku sokong sgt kata2 ko ni...ini yg terjadi dekat aku..aku bukan mintak balasan...tp bila dia sakit susah aku yg dicari..tp bila dia dh sihat nk bergumbira aku dia lupakan..bila aku susah..pandang pun tidak aku nie..xke nate mcm tue..