Wednesday, August 18, 2010

Kerana Famous Amos, Negeri Johor di hina!


Cerita pasal si makcik Famous Amos da lepas daaa.. kalau tak salah da ramai kupas mase awal bulan Ogos baru nih, tapi sengaja nak tambah kupaskan lagi cerita nih.. besa r tak puas hati beb. Walaupon aku bukan orang yang pior Johor, tapi terasa gak r sebab skang aku duk kat Johor, belaja kat dalam negeri Johor. Ada plak seorang makcik yang memang anak negeri johor mengutuk negeri di mana dia berteduh dan mencari nafkah selama ini hanya disebabkan oleh Famous Amos. Bagi yang tak tahu, Famous Amos merupakan suatu syarikat makanan yang terkenal dalam penjualan biskut-biskut ala chipsmore..hehe

Yang menjadikan masalah adalah apabila dia mengeluarkan ayat di mana menghina Negeri Johor kerana tiada langsung tempat yang menjual Famous Amos selain daripada Airport Senai, Johor. Perkara kecil sebenarnye hal nih, tapi isu sensitiviti masyarakat luaran yang berdarah daging anak Johor menjadi besar sehinggakan mencemuh semula si makcik sorang nih.. So korang semua, ingat-ingat la, nak kutuk tengok tempat la kan..jangan main lontar je ayat.


Kadang-kadang kalau nak bergurau pon biar bertempat kan. Ini di dalam platform secara atas talian, lebih-lebih lagi Facebook, memang mudah semua orang dapat tahu dan kesan perkara-perkara yang berlaku. Bak kate orang zaman dulu-dulu, Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut kena kutuk dan jadi popular pula dia.


Dan yang pasti profail Facebook makcik nih da kene blok, da kene tutup, tambahan pulak, siap ada yang buat Fanpage bagi mengutuk dan mencemuh makcik nih… Nor Azita Osman Hina Negeri Johor (Blacklist People).. Kesian tak pasal-pasal jadi popular plak.

P/S : Nak update pape status skang nih atau nak tulis komen pape kat Facebook kene hati-hati la skang, kang jadi popular jugak tak pasal-pasal..sia-sia je kang!.. Anyway, Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa bagi Ramadhan Yang Kelapan!.. [C.H.I.O.W]

8 kata-kata pedas:

SyafiQ Bleszynski said...

Bahana gak la Facebook nih sebenarnye..da banyak da yg buat masalah + cari pasal dalam Facebook nihh..huhu, Bulan Ramadhan nih..huiii

SweetSyaza said...

walopon ta berapa gema dgn johor,tp jgn r hina smpi cmtuh skalikkk..gile tol makcik uhhh..brani mati!

SyafiQ Bleszynski said...

SweetSyaza : betol2.. siap cakap johor hina..ape punye org r.. padahal menetap kat joho..haiii

Ms. Ann said...

sebelum berbicara berfikir dahulu tentang kata2 kita... tutur bicara perlulah dijaga jangan hanya syok sendiri sampai menyinggung perasaan

Tomato Gurl's Life said...

kesian plk dia nih..abis semua blog duk kutuk dia...kerana mulut badan binasa..wallahualam...

SyafiQ Bleszynski said...

salah dia jugak kan..huhuh

Siti Rahmah Khalid said...

berhati - hati dlm berbahasa, kata - kata itu umpama pisau yg menikam diri sendiri.

Miss Yaty said...

orang sekarang ni cakap main lepas je tak pikirkan sensitiviti orang lain..