Saturday, February 4, 2012

Tangisan Si Kecil 2
















Berdasarkan pada gambar-gambar di atas, apa pandangan korang mengenai gambar-gambar tersebut? Bagi aku gambar-gambar tersebut nampak hidup dan nampak jelas. Ilham ini dihasilkan melalui kerja keras seorang wanita yang merupakan jurugambar yang berkaliber bernama Jill Greenberg. Jill Greenberg begitu hebat dalam bidang manipulasi sesuatu imej yang telah ditangkap untuk menghasilkan suatu gambar yang lebih mendalam. 

Aku tak nak cerita panjang pasal Jill Greenberg. Korang boleh cari sendiri mengenai kisah hidup dan laluan kejayaan dia. Aku nak cerita pasal gambar-gambar tadi. Gambar kanak-kanak yang kelihatan menderita dan menangis. Adakah benar atau cuma manipulasi? Jawapannya, ia adalah benar dan realiti. Kanak-kanak tersebut memang benar-benar menangis. Jadi, kenapa mereka menangis?

Untuk menghasilkan gambar-gambar seperti di atas, Jill Greenberg perlu mengambil gambar kanak-kanak tersebut dalam keadaan  mereka kesedihan dan menangis berair mata. Dengan cara di mana, memberi kanak-kanak tersebut sebarang gula-gula, kemudian merampasnya kembali. Dan perkara yang sama dilakukan berulang kali sehingga kanak-kanak tersebut benar-benar menangis. Teknik tersebut agak "child abuse" bagi aku. 

Namun tujuan sebenar Jill Greenberg mempotretkan gambar kanak-kanak menangis adalah sebagai adaptasi perasaan Jill Greenberg sendiri berkenaan dengan kekecewaan ke atas "Bush Administration" dan "Christian Fundamentalism" di US. 

p/s : Aku tak sampai hati rasanya nak tangkap gambar kanak-kanak dan buat mereka menangis demi kepentingan aku sendiri. Memang tidak sama sekali. Walaupun orang cakap "A picture is worth a thousand words". Nilai kemanusian itu masih lebih utama dalam hidup. 

Wednesday, February 1, 2012

Tangisan Si Kecil


Apa sebenarnya yang menyebabkan si kecil ini menangis? Malahan, terdapat ramai lagi kanak-kanak kecil sepertinya juga menghadapi situasi yang sama seperti gambar tertera. Sebab apa dan kenapa? Nantikan entri seterusnya.

Tuesday, January 24, 2012

2012 : 10 teori mengenai Armageddon (Akhir Dunia)



Salam semua. Armageddon merupakan saat berakhirnya dunia. Tak kiralah dengan cara bagaimanapun, terasnya Armageddon atau Doomsday adalah suatu waktu yang pasti akan tiba dan kehancuran dunia akan berlaku. Namun bila dan masanya masih diragui. Namun ada sesetengah pihak khususnya yang pakar mengenai kajian alam semesta menyatakan tahun 2012 adalah merupakan saat di mana Armageddon akan terjadi. Terdapat 10 teori mengenai Armageddon.


1. Pemanasan Global

Bila saat pemanasan ini berlaku, ramai pihak tertentu yang risaukan bahagian dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Ini kerana, apabila pemanasan terjadi, ais-ais di bahagian dua kutub tersebut akan mencair dan boleh mengakibatkan banjir yang besar. Dalam 5 tahun kebelakangan ini, gempa bumi besar dan tsunami telah terjadi di kawasan timur bahagian bumi. Spesis penguin dan beruang kutub telah mengalami kesejukan yang melampau. Kesian!

2. Disember 2012

Pihak tertentu percaya bahawa pada bulan Disember 2012 akan berlakunya peristiwa Armageddon. Ada tarikh tertentu sebenarnya, iaitu antara 12 Disember 2012 dan 21 Disember 2012. Namun kepastian masih diragui. Ada filem dari luar negara yang memaparkan peristiwa Armageddon ini iaitu 2012. Filem tersebut benar-benar merujuk kepada peristiwa Armageddon.

3. Serangan Anasir Luar 

Para astronomi telah mengatakan bahawa terdapat sumber kehidupan dan air di Planet Mars. Jika kita sendiri membuat kajian dan membaca mana-mana fakta yang ditemukan oleh mereka, banyak yang kita dapat tahu mengenai anasir luar ini samada wujud atau tidak. 

4. Pelanggaran Asteroid

Mengenai Asteroid, bayangan pelanggaran asteroid adalah seperti filem yang dikeluarkan pada tahun 1998 iaitu Armageddon. Pemecahan meteor dan terjatuh ke bumi yang akan menyebabkan kemusnahan atau kerosakan pada hidupan di bumi nanti. 

5. Kenaikan gas akibat Rumah Kaca

Lapisan ozon melindungi kita dari sinar matahari yang berbahaya. Lapisan ozon menjadi suatu penapis yang amat berguna untuk segala hidupan di bumi. Namun akibat daripada rumah kaca yang akan menyebabkan lapisan ozon kita semakin tipis. Maka, suhu akan semakin meningkat dan akan menyebabkan cuaca semakin panas.

6. Komet menghentam bumi

Teori dari komet ini datangnya dari Armageddon juga serba sedikit. Komet ini akan menghentam bumi dan akan memusnahkan kota-kota di sepanjang Atlantik dan mengakibatkan tsunami humunguos. Komet ini lain daripada Asteroid kerana Komet mempunyai koma dan ekor. 

7. Y2K

Pernah dengar mengenai Y2K?. Semasa tahun 2000, ramai yang memperkatakan mengenai Y2K. Namun pada tahun 2012 Y2K sebenar bakal muncul kononya. Dikatakan, dinding Giza akan terbuka dan keluarnya dajjal. Suatu pasukan syaitan yang akan menyerang bumi. Namun, mungkin Amerika sebenarnya adalah syaitan. Mereka sendiri mempunyai kuasa besar di bumi dan mereka sendiri bertindak semakin kejam dari hari ke hari. Siapa tahu kan.

8. 19 Disember 1999

Dotson Meade percaya bahawa akan terjadi suatu peperangan yang akan terjadi yang mengakibatkan dunia akhir zaman. Peperangan tersebut akan tercetus tidak lama lagi. Hal ini berhubung dengan teori Y2K. Di mana suatu pasukan syaitan yang akan menggulingkan hidupan di bumi. Penemuan mengenai peperangan ini berdasarkan pada Gulungan Laut Mati. 

9. The House of Yahweh, Abilene

Merupakan suatu gerakan berasaskan keagamaan yang bertapak di Abilene, Texas. Gerakan ini begitu yakin dengan agama yang mereka pegang di mana menurut Tuhan umat Kristian, Yahweh. Yahweh merujuk kepada nama tuhan pada Hebrew Bible. Kultus meramalkan dunia akan berakhir pada tahun Oktober 1998. Dan pada tahun 2001 populasi dunia sebanyak 80% akan musnah. 

10. Harold Camping

Seorang ilmuan yang membuat kajian mengenai Doomsday. Iaitu dunia akhir zaman. Banyak jangkaan dan prediksi yang dilaksanakan olehnya. Mengenai pengiraan hari Doomsday dan philosophy mengenai Bible. Banyak pengiraan dan pengkajian yang dilakukan olehnya hinggakan menurut perkiraannya, tahun 2012 adalah tahun di mana berlakunya Doomsday atau Armageddon.

Namun sebenarnya, 10 teori tersebut merupakan teori sahaja. Bukan bermakna akan berlaku mengikut teori tersebut. Kuasa bukan di tangan kita. Karma juga bukan di tangan kita untuk tentukan. Semuanya sudah siap disediakan oleh Allah untuk kita. Anggaplah ini sebagai suatu pengetahuan dan ransangan untuk berfikir.

Friday, January 20, 2012

Bila blogger kacak atau cantik mesti ramai follower. Sangat tipikal.


Salam semua. Persoalan bila seseorang blogger itu kacak atau cantik mesti akan dikaitkan dengan mempunyai pengaruh atau pengikut yang ramai. Persoalannya kenapa?. Jawapan mudah adalah sebab paras rupa sahaja bukan kerana idea atau entri bernas dalam blognya. Secara tipikalnya kita sememangnya suka pada benda-benda yang cantik dan indah untuk dipandang setiap masa. 


Macam drama petang-petanglah. Mana ada pelakon utama dalam drama yang tak cantik, yang tak kacak. Kalau ada pon, memang rating tak tinggi mana. Semua ini berkenaan pelaku. Bila pelakon cantik dan kacak, maka memang senanglah untuk mendapat sambutan. Sama jugak dengan perkara-perkara lain. Paling mudah bila ada orang kacak atau pempuan cantik jalan depan mata, siapa yang tak pandang bukan. Kira sama jugak lah konsep dengan blog. Bila blog itu dipunyai si kacak atau si cantik, tambahan pulak banyak letak gambar-gambar yang boleh tangkap cair dan tangkap leleh orang dok tengok. Haha..paham-paham jelah.

Lagi satu kan, bila blogger itu kacak atau cantik. Kadar keyakinan diri diorang itu tinggi. Tapi kadang-kadang ada jugak yang syok sendiri atau OVER. Tapi tak kesahlah. Blogger kacak dan cantik itu akan banyak melibatkan diri dengan PHOTOSHOOT dan CAMWHORE. Yelah, nak sajikan gambar-gambar berkhasiat untuk tatapan orang nak baca dan skodeng. Gambar-gambar adalah inti atau ramuan utama dalam blog diorang. Tak lengkap kalau tak letak gambar. Rugilah muka kacak, muka cantik tak ditayangkan kat orang. 

So, kalau korang rasa korang blogger baru yang kacak dan cantik, sila-silalah tampal gambar banyak-banyak kat blog. Ini adalah resipi kejayaan mereka. Serius!. Ada rupa korang boleh berjaya dengan mudah. Usaha sikit aje. Haha. 


p/s : Teringin pulak rasa nak baca buku A doctor in the house : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.


Monday, January 16, 2012

Trending budak-budak tahun 2012. Ini best bro!



Salam Tahun Baru semua! Kali ini aku nak cerita pasal trend bebudak muda zaman skang. Trend yang menjadi ikut-ikutan yang bakal menggegarkan tahun baru 2012. Biasalah bebudak muda kan, banyak benda baru mesti kene coba. Hidup kena ikut trending beb. Barulah 'InTrend'. 



Trending pertama adalah pasal Tutti Frutti. Aku tak tau sangat pasal Tutti Frutti ni. Yang aku tahu benda ni makanan. Frozen Yogurt yang mahal. Bebudak muda skang banyak dok geybang dok kejar sangat nak pegi layan tempat ni. Sedap sangat kot. Tapi yang pasti Tutti Frutti ni dah jadi trend tahun baru ni. Harga memang 'A'. Tempat memang eksklusif. So, bila diorang dah lepak dah layan tempat ni, nanti diorang update la kat laman-laman sosial diorang. Terutamanya Facebook dan Twitter. Ambik gambar upload kat Facebook atau kat Twitter. Kira gempak la nak bagitau orang, dia dah lepak kat Tutti Frutti. Takpe, inikan trend masa kini. Layan!


Trending seterusnya adalah Najwa Latif. Ini bukan makanan mahupun sarapan ye. Ini adalah nama budak pempuan. Masih bersekolah. Menipu kalau ada yang tak kenal lagi. Ini trend beb. Best bro!. Budak pempuan ni bermula dengan menyanyi syok sendiri buat video upload masuk dalam Youtube. Cover lagu artis-artis. Kira stylo dia cover lagu orang dalam kereta. Nice! Menjimatkan kos!. Pastu ramai yang view dari Youtube. Slow-slow dapat sambutan then finally dah jadi artis recording dah skang. Lepas ni mesti ramai bebudak pempuan yang masih bersekolah nak dok ikut macam Najwa Latif. Tangan tak berapa nak lembut pon dok mula nak pegang gitar dah. Dok nyanyi melalak dalam kereta sorang-sorang. Pastu bubuh dalam Youtube. Macam Najwa Latif. Inikan trend! haha.



Seterusnya adalah Shawl. Apa itu? Yang pempuan tahu. Yang lelaki mungkin kata itu adalah makanan dalam tin dan mungkin juga ada yang kata itu adalah nama seorang lelaki. Shawl itu merupakan tudung dari segi pemahaman aku. Namun teknik dan cara pemakaian yang agak berbeza dari tudung biasa. Shawl agak pelik. Tapi aku tak kesah. Sebab aku tak pakai. Dan tak akan pakai. Aku tak perlu pakai. Kenapa jadi trend? Sebab ramai yang dah pakai. Dengan macam-macam style dan macam jenis aneka warna shawl. Disebabkan itu, shawl jadi tumpuan pempuan serata Malaysia. Ok what! Trending ni kan bagus. Menggalakkan pempuan pakai tudung. 


Seterusnya yang susah nak lekang dari tahun-tahun lepas. Makin menjadi-jadi pulak skang ni adalah trending Korean Lovers. Segala pasal cerita tentang Korea. Dari segi artis, musik mereka, filem dan drama mereka, makanan, pakaian dan juga bahasa mereka seharian. Semua nak kena hafal. Semua nak kena tahu. Takut ketinggalan arus semasa. Inikan trend! Kat Facebook upload gambar Korea. Kat Twitter geybang pasal Korea jugak. Lagi pulak, kalau yang ada blog, pon letak gambar Korea. Hahh lagi, letak muzik Korea bebanyak kat blog. Memang hidup Korea. Nak buat macam mana, ini pon salah satu trending tahun baru ini. Wajib layan dan wajib basah! hahaha.

So, bila dah ada trend, kita dah tak boleh nak salahkan sesiapa kan. Dah terlambat lagi-lagi kalau trending itu ke arah yang tak baik. Kalau nak salahkan pon, cuba la cari trendsetter yang mengwujudkan trend tersebut. Anyway, Selamat Tahun Baru!